HARI KANTIN SKTAM 2014

Hari ini pihak sekolah telah mengadakan Hari kantin Sekolah bagi tahun 2014. Aktiviti yang diadakan tiap-tiap tahun ini telah bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. 
Pelbagai gerai telah dibuka pada hari tersebut mengikut rumah sukan masing-masing.













Taklimat Persediaan ke Sekolah Menengah

Taklimat ini telah diadakan di makmal komputer SKTAM yang dihadiri oleh semua murid tahun 6. Ianya telah disampaikan oleh guru kaunselor SKTAM cikgu Razali Chik, kaunselor di SKTAM.

Objektif utama adalah untuk memberi pendedahan tentang persekitaran alam sekolah menengah yang lebih mencabar, memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengawalan dan batas pergaulan apabila di sekolah menengah dan memberi kesedaran tentang ilmu untuk masa depan.






Majlis Penyerahan Wang Zakat oleh Bank Rakyat

Seramai 111 orang murid SKTAM telah menerima wang zakat daripada Bank Rakyat yang diserahkan oleh wakilnya kepada Guru Besar pada hari ini. Majlis ringkas ini diadakan di anjung ilmu SKTAM