Kata-Kata Aluan Guru Besar
Segala puji hanyalah milik Allah dan kepadaNya tempat kita meminta pertolongan. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w., Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan staf sekolah ini yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam melaksanakan program dan aktiviti sekolah sepanjang tahun 2017. Semoga segala kerja buat yang telah dilaksanakan itu diambil kira oleh Allah sebagai amal soleh..
Para guru dan kakitangan sekalian, sesungguhnya tahun 2018 yang akan kita tempoh sesungguhnya lebih jauh mencabar dari tahun-tahun sebelumnya. Perkembangan pendidikan terkini seperti Sekolah Berprestasi Tinggi menuntut supaya kita lebih memberikan penumpuan ke arah peningkatan dalam semua aspek pendidikan bukan saja kurikulum dan kokurikulum malah pembinaan insan dalam membentuk budaya bangsa yang unggul dan patuh kepada perintah Tuhan.
Sejarah kejayaan kita yang lepas akan menjadi satu petunjuk keyakinan dan kegagalan kita yang lepas memberi satu peringatan bahawa kita perlu berubah. Oleh itu marilah kita bergerak sederap dan bersama menggembeling seluruh kekuatan kita untuk menggenggam kejayaan dan mengamalkan ”service above self”. Marilah kita sama-sama doakan semoga tahun ini dan tahun-tahun seterusnya menjanjikan kejayaan Sesungguhnya kejayaan itu adalah milik kita bersama.
Fokus SKTAM pada tahun 2018 ialah;
1. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.
2. Semua murid menguasai 4 M (Membaca, Menulis , Mengira dan Menaakul)
3. Memperkasa Program Kecemerlangan Akademik Tahun 4,5 dan 6.
4. Peningkatan Kecemerlangan Kokurikulum dan Koakademik.
5. Pembangunan Modal Insan; cerdas emosi, rohani dan jasmani
6. Pembangunan Fizikal Sekolah dan Bilik Darjah yang kondusif.
7. Pembangunan profesional keguruan.
8. Memperkasakan hubungan perkongsian pintar dengan pihak luar.
9. Instrumen SKPM sebagai kayu ukur Keberkesanan Sekolah.
Sekian. Assalamualaikum wb.
Yang menurut perintah,
TUAN WAN ZAINULDDIN WAN ISMAIL
GB SKTAM